Memborong Di China & Jual Di Shopee

Hai, 

Sememangnya hasrat untuk memborong di China sudah tidak sabar lagi bagi peniaga yang sudah mencuba buat pertama kali sebab beli terus dari sana anda akan mendapat harga murah penjimatan sebanyak 70-80 % modal anda. Balik Malaysia, harga sudah boleh mark up lebih tinggi. Modal rendah untung tinggi yang kita nak kan?

Sebelum memborong perlu kita ketahui produk yang sentiasa mendapat permintaan. Antara berikut merupakan contoh :

- Barangan dapur/keperluan dapur/makanan

Ini antara kategori laris barang jualan kalau anda jual. Semua  suri rumah perlu kepada barang dapur seperti kuali, pinggang mangkuk, pengisar makanan, pemanggang ajaib dan seumpamanya. Lebih-lebih lagi produk tersebut unik dan terbaru.

- Pakaian / Kain
Pakaian juga antara barang yang laku. Sebab nak buat baju perlu adanya kain. Lebih cantik rekaan harga boleh tahan mahalnya. Contoh seperti baju wanita, baju lelaki, kasut yang styles dan sebagainya. Kalau anda juai offcoz ramai berebut nak beli.. 

- Peralatan penbelajaran/ pendidikan/buku

Ini juga berkait rapat dengan kehidupan, setiap orang perlu dan akan guna apabila mereka rasa perlu. Contoh nya macam al quran digital, beg sekolah, buku membaca kanak2, alat bantu mengajar budak2.

Semua barang yang saya sebut tadi anda boleh dapat secara borong dari China dan jual semula di Shopee. Ya ampunnn, mudah sangat nak memulakan bisnes internet sekarang ni!


Cara berniaga sekarang sudah banyak berubah. Masing-masing sudah mengenali Shopee. Tidak cukup di Facebook, Shopee sudah mengiklan platformnya di Tv dan yang terbaru syarikat tersebut sudah menggunakan khidmat artis dari Korea


Beruntung la kan sesiapa yang sudah membuka kedai online di Shopee. Mendapat ribuan trafik yang sibuk mencari barang keperluan mereka. Kiranya anda berniaga di platform yang terkenal dan sudah ada pelawat setia setiap hari malahan setiap bulan

Di Shopee, bukan anda jer ada kedai online. Jenama besar pun sudah mengonlinekan syarikat mereka! Milo pun dijual online kan. Sebab tu lah shopee juga selalu buat promosi tak terjangkau agar pelawat setianya tak lari ke lain haha
Artis pun ada menjual di Shopee. Promote barang kat instagram lepastu beli je barang kat shopee. Dia org tak payah urus wasap pelanggan yang memeningkan dan banyak ragam. Kalau artis dah guna, takkan la uolss tak nak!

Memulakan perniagaan sendiri lebih baik kecil-kecilan dan menjimatkan. Kalau anda nak upah website sendiri kena ada modal besar, lepas tu website kena promote lagi. Kalau kat Shopee hari-hari trafik masuk!

Ini lah peluang anda nak buat duit tepi!