Jual Barang Baby Di Shopee

Hai,

Seperti biasa sekarang ibu-ibu pun sudah membeli barang bayi secara online. Kat mana? mesti diaorang akan pergi ke laman Shopee sebelum servei di kedai lain kan?

Khas untuk usahawan barang bayi, kalau anda jual barang bayi secara online ini peluang untuk anda buat untung lumayan . Anda tak perlu pergi China pun nak borong barang bayi. Perkakas bayi seperti baju, seluar, kain lampin, baju budak, dan banyak lagi boleh dapat kat Taobao je. Anda beli di Taobao lepastu jual di Shopee dan mark up lah harga sendiri.

Berita baik juga untuk dropshipper yang berminat menjual barang bayi. Anda tak ada modal banyak kan? Kalau stakat RM500 tu dah rasa ok untuk memulakan perniagaan internet ni lah jual barang bayi di Shopee. Panduan memulakan perniagaan barang bayi di Shopee

Pernah anda terfikir sebuah laman web Taobao? Uolss tau tak, kebanyakkan pemborong ambil barang kat sana. Dah la boleh dapat dengan harga superb murah. Memang beruntung banyak kalau anda balik jual di Malaysia. Cuba tengok baju romper baby dibawah ni

TIPS: Anda order di Taobao dgn harga murah lepas tu jual semula di Shopee dgn harga sendiri

Kalau buat teknik pre order sudah menguntungkan anda kerana tak perlu beli stok banyak dan anda boleh pelbagaikan produk jualan anda. Kan best macam-macam boleh jual. Tunggu order masuk dan tempah dgn supplier

Kena bijak cari supplier pre order barang dengan modal yang murah dan tak termakan profit anda. Nak untung banyak, anda boleh direct order dgn pembekal di China.

Kalau dilihat yer, memang sudah ramai yang berjaya menghasilkan jualan yang memberangsang kan menggunakan pre order je. Boleh buka jualan banyak barang lepastu bertambah lah untung uolss !