Buat Dropship Di Shopee Ok??

Maksud dropship

Saudara/saudari pernah dengar apa itu sistem dropship ? . Bagi yang baru bermula mungkin tidak pernah mendengar apa itu perkataan dropship. Dropship dengan kata mudah ialah anda jual apa-apa jenis barang fizikal dalam internet ( online ) dan anda menentukan sendiri untung anda. Dan yang pastinya, dropship boleh buat duit untuk anda.


Tetapi sebelum saya teruskan apa yang bakal terkandung di dalam panduan ini, adalah amat penting untuk anda ketahui bahawa dropship tidak ada kena mengena dengan kaitan dibawah :

  • Ini bukan MLM
  • Ini bukan Pelaburan Haram
  • Ini bukan Skim Cepat Kaya
  • Ini bukan Insurance/ Takaful
  • Ini sama sekali tidak  program bukan-bukan.

Apa yang bakal saya kongsikan dalam blog ini terbukti memberikan pendapatan yang cukup lumayan selama saya menjadi agen dropship. Mungkin panduan dalam blog ini juga bakal mengubah kehidupan anda kelak, siapa tahu?


*********
Beruntung la kan sesiapa yang sudah membuka kedai online di Shopee. Mendapat ribuan trafik yang sibuk mencari barang keperluan mereka. Kiranya anda berniaga di platform yang terkenal dan sudah ada pelawat setia setiap hari malahan setiap bulan

Di Shopee, bukan anda jer ada kedai online. Jenama besar pun sudah mengonlinekan syarikat mereka! Milo pun dijual online kan. Sebab tu lah shopee juga selalu buat promosi tak terjangkau agar pelawat setianya tak lari ke lain haha
Artis pun ada menjual di Shopee. Promote barang kat instagram lepastu beli je barang kat shopee. Dia org tak payah urus wasap pelanggan yang memeningkan dan banyak ragam. Kalau artis dah guna, takkan la uolss tak nak!

Memulakan perniagaan sendiri lebih baik kecil-kecilan dan menjimatkan. Kalau anda nak upah website sendiri kena ada modal besar, lepas tu website kena promote lagi. Kalau kat Shopee hari-hari trafik masuk!

Ini lah peluang anda nak buat duit tepi!